
"Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat". (Surah Al Jin Ayat:6)
Didalam masyarakat melayu kita, kepercayaan terhadap benda ghaib tidak dapat disangkal lagi. tidak cukup dengan itu, pelbagai jenis gelaran terhadap golongan jin ini seperti hantu, puntianak, langsuir, hantu raya, toyol dan sebagainya. Dalam istilah lain pula ada juga yang menggelarkan sebagai khadam, orang iringan, orang bunian @ wali bunian dan sebagainya. Pokoknya disini, didalam Al-Quran tidak ada 1 dalil pun yang mengatakan ada nama-nama sebegitu bagi golongan jin ini. Ini menyukarkan proses mengubah pemahaman masyarakat melayu kita umumnya yang beragama islam tentang maksud dalil di atas.
Disini ana tekankan, apa jua gelaran yang diberikan kepada golongan jin, ia tetap sama. Hukum meminta pertolongan dengan jin tetap haram dan syirik pada Allah Subhanahuwata'ala walaupun jin itu berbangsa islam dan wara' seperti mana firman Allah :

"Dan bahawa sesungguhnya (dengan datangnya Al-Quran, nyatalah) ada di antara kami golongan yang beragama Islam, dan ada pula golongan yang (kufur derhaka dengan) menyeleweng dari jalan yang benar; maka sesiapa yang menurut Islam (dengan beriman dan taat), maka merekalah golongan yang bersungguh-sungguh mencari dan menurut jalan yang benar" (Surah Al Jin Ayat:14)
semoga dengan sumbangan yang amat sedikit daripada ini mendapat barokah daripada Allah Subahanahuwata'ala..

Minyak HABBATUSSYIFA' (Habbatussauda') 50 ML Harga RM 30.00
Air Minuman Herba Za'faran Al-Ansar. 500 ML Harga RM 10.00
Semburan Aroma Terapi AL-ANSAR. 60 ML Harga RM 6.00
Kismis Do'a AQLUSSALIM. 250 gram RM 10.00
Madu Sawda'. 80 ML Harga RM 10.00
Minyak Zaitun ZYTUSSYIFA'. 60 ML Harga RM 10.00 sebotol
No comments:
Post a Comment