Dana PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR

Dana PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR, Kg. Solok Binjai, Pengkalan Balak, Masjid Tanah
Sebuah institusi pengajian Islam bernilai RM700,000.00 akan dibangunkan di Pengkalan Balak di atas tanah persendirian yang dimiliki oleh Al Fadhil Ustaz Hj. Abdul Halim bin Hj. Maidin seorang guru agama juga merupakan Pengerusi Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR) yang dibesarkan di Pengkalan Balak. Pihak kami mengalu-alukan sumbangan RM100 untuk 1x1 per segi atau zakat, sedekah jariah, waqaf dan sebagainya untuk pembangunan dana akhirat ini. Sumbangan tuan & puan boleh dimasukkan ke dalam akaun CIMB ISLAMIC: 04040000135108
atas nama PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR
Koperasi Darul Ansar Berhad (KOANSAR) No. 16, Jalan BP 1, Taman Bertam Perdana, 75200, Pulau Gadong, Melaka. No. Tel: +6013-6111706 / +6012-6417300

Sunday 18 December 2011

Selamat Datang Ke Blog Darul Ansar Masjid Tanah

Bismillahirrahmanirrahim. Pusat Pengubatan Islam Darul Ansar Masjid Tanah bakal dirasmikan pembukaannya pada 26 Disember 2011. Sumbangan boleh dilakukan dengan ikhlas hati bagi melicinkan pentadbiran kami. Hubungi saya Ustaz Muhammad Al-Ansari di 0178014037

Pengambilan Pelajar bagi Diploma Pengubatan Darul Ansar Ke-4 Tahun 2012 telah pun dibuka.  Kelas bermula pada Januari 2012 di 4 cawangan Darul Ansar iaitu Melaka, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor. Maklumat Lanjut boleh hubungi saya sendiri di 0178014037 atau;

1. DARUL ANSAR Melaka: 013-6111706 (Masih dibuka, had 30 pelajar)
2. DARUL ANSAR Seremban Jaya: 013-3598318 (Masih dibuka, had 100 pelajar)
3. DARUL ANSAR Kluang: 019-7158888 (Masih dibuka, had 30 pelajar)
4. DARUL ANSAR KAJANG: 013-2600193 (Maaf sudah penuh, pengambilan ditutup)

Antara modul yang bakal dipelajari ialah:

Modul 1: Hakikat Jin dan Sihir Serta Pengubatannya Menurut Islam.
Modul 2: Rawatan Penyakit Sihir dan Saka Mengikut Kaedah Islam.
Modul 3: Rawatan Penyakit Ain, Pukau, Ilmu Tenung dan Was Was Menurut Kaedah Islam.
Modul 4: Pagar Kediaman, Kampung dan Diri Mengikut Syariat Islam.
Modul 5: Kelebihan Ayat Al Quran & Surah Mustajab Dalam Al-Quran.
Modul 6: Rawatan Penyakit-Penyakit Dengan Doa Menurut Islam.
Modul 7: Kelebihan Zikir-Zikir Sebagai Suatu Benteng Yang Ampuh
Modul 8: Bekam Sunnah Dan Kaifiyyat Pengubatannya
Tambahan: Ghurah (Rawatan Resdung), Urut Refleks, Teknik Pinggan Putih, dan Pengubatan Herba

Yuran: RM30-RM50 sebulan mengikut kariah.
Buku: Kitab Thibb Al-Idrissi Al-Ansari wajib dibeli ketika mula kelas. Harga RM150
Waktu: Kelas bermula selepas Isyak hingga 11.00 malam
Tarikh Kelas:

Melaka: Kelas pada 8 Januari 2012
Seremban Jaya: Kelas pada 9 Januari 2012
Kluang: Kelas pada 10 Januari 2012
KAJANG: Kelas pada 7 Januari 2012

No comments:

Post a Comment