Dana PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR

Dana PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR, Kg. Solok Binjai, Pengkalan Balak, Masjid Tanah
Sebuah institusi pengajian Islam bernilai RM700,000.00 akan dibangunkan di Pengkalan Balak di atas tanah persendirian yang dimiliki oleh Al Fadhil Ustaz Hj. Abdul Halim bin Hj. Maidin seorang guru agama juga merupakan Pengerusi Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR) yang dibesarkan di Pengkalan Balak. Pihak kami mengalu-alukan sumbangan RM100 untuk 1x1 per segi atau zakat, sedekah jariah, waqaf dan sebagainya untuk pembangunan dana akhirat ini. Sumbangan tuan & puan boleh dimasukkan ke dalam akaun CIMB ISLAMIC: 04040000135108
atas nama PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR
Koperasi Darul Ansar Berhad (KOANSAR) No. 16, Jalan BP 1, Taman Bertam Perdana, 75200, Pulau Gadong, Melaka. No. Tel: +6013-6111706 / +6012-6417300

Sunday 4 March 2012

Jadual Rawatan

Isnin - Rabu
Jam 9.30 pagi - 12.00 mlm

Khamis
Jam 9.30 pagi - 6 ptg(rawatan malam sekiranya ada temujanji)

Jumaat
Jam 9.30 pagi - 12.00 tgh hari
Jam 3.00 - 12.00 mlm

Sabtu - Ahad
9.30 pagi - 12.00 mlm

Tuesday 7 February 2012

Pentingnya Rawatan Secara Islam

Pusat Rawatan Islam Darul Ansar Masjid Tanah
Lokasi (bangunan belakang Petronas Masjid Tanah, Melaka)

Rawatan khusus dalam menangani
-saka
-sihir
-santau
-gangguan makhluk halus
-bekam(RM5 utk 1 cawan bagi yang datang ke Pusat Rawatan)

lain-lain perkhidmatan
-masalah anak-anak degil
-masalah rumahtangga
-tekanan perasaan
-kemurungan

maklumat tambahan

PETANDA TERKENA SANTAU
1) Batuk masih berpanjangan walaupun sudah makan ubat klinik.
2) Muntah Darah.
3) Kerap bermimpi bahan-bahan berbisa.
4) Kerap bermimpi berada ditempat kotor.
5) Sakit sendi-sendi badan.
6) Kelesuan.
7) Kuku berwarna kehitaman.

PETANDA TERKENA SIHIR/GANGGUAN
1) Kerap bermimpi bintang berbisa seperti ular.
2) Kerap bermimpi jatuh dari tempat tinggi lalu terjaga.
3) Kerap mengigau.
4) Kerap sakit tulang belakang tanpa sebab klinikal.
5) Kerap sakit pinggang selepas asar tanpa sebab klinikal.
6) Kerap sakit dada selepas asar tanpa sebab klinikal.
7) Sering rasa berdebar-debar.
8) Terdengar satu bisikan menyuruh melakukan perkara buruk.
9) Sering bergaduh suami isteri walau hanya perkara remeh temeh.
10) Tiada keinginan melakukan hubungan kelamin antara suami isteri walhal baru berkahwin.
11) Zakar suami tiba-tiba layu ketika ingin berjimak.
12) Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
13) Kerap ditindih ketika tidur.
14) Kerap bermimpi melakukan hubungan seks.
15) Banyak halangan dalam hal jodoh.
16) Mudah panas baran.
17) Terlalu sensitif.
18) Nafsu songsang.
19) Badan kelesuan.
20) Darah haid turun lebih 15 hari.
21) Berbulan-bulan tidak datang haid.
22) Ada kesan lebam-lebam pada badan ketika bangun tidur.
23) Kerap melihat kelibat makhluk halus/lembaga dirumah.
24) Gigi berlaga ketika tidur.


PETANDA TERKENA SAKA

1) Kerap bermimpi menyusukan bayi.
2) Kerap bermimpi dikelilingi kanak-kanak.
3) Kerap bermimpi ada seseorang ingin memberi sesuatu didalam mimpi.
4) Boleh mengubat belajar melalui mimpi.
5) Boleh mengurut belajar melalui mimpi.
6) Boleh menelek sejarah/sifat seseorang.
7) Sering sakit lutut tanpa sebab klinikal.
8) Panas baran.
9) Kerap bermimpi rumah lama/rumah pusaka.
10) Kerap bermimpi ahli keluarga yang telah lama meninggal dunia.
11) Sakit anggota badan/pengsan bila menziarahi orang yang meninggal dunia.
12) Banyak penyakit genetik/ketumbuhan ganjil pada badan.
13) Mendakwa boleh melihat jin/makhluk halus.

terdapat banyak lagi tanda-tanda lain mengenai gangguan makhluk halus(jin/syaitan). semoga dengan sedikit maklumat ini dapat dikongsi dan memberi manfaat pada para pembaca yang budiman.




Firman ALLAH SWT : "Dan kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian" AL-ISRA 82

Tuesday 17 January 2012

Hukum Penggunaan Khadam

A006
"Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat". (Surah Al Jin Ayat:6)

Didalam masyarakat melayu kita, kepercayaan terhadap benda ghaib tidak dapat disangkal lagi. tidak cukup dengan itu, pelbagai jenis gelaran terhadap golongan jin ini seperti hantu, puntianak, langsuir, hantu raya, toyol dan sebagainya. Dalam istilah lain pula ada juga yang menggelarkan sebagai khadam, orang iringan, orang bunian @ wali bunian dan sebagainya. Pokoknya disini, didalam Al-Quran tidak ada 1 dalil pun yang mengatakan ada nama-nama sebegitu bagi golongan jin ini. Ini menyukarkan proses mengubah pemahaman masyarakat melayu kita umumnya yang beragama islam tentang maksud dalil di atas.

 Disini ana tekankan, apa jua gelaran yang diberikan kepada golongan jin, ia tetap sama. Hukum meminta pertolongan dengan jin tetap haram dan syirik pada Allah Subhanahuwata'ala walaupun jin itu berbangsa islam dan wara'  seperti mana firman Allah :

A014

"Dan bahawa sesungguhnya (dengan datangnya Al-Quran, nyatalah) ada di antara kami golongan yang beragama Islam, dan ada pula golongan yang (kufur derhaka dengan) menyeleweng dari jalan yang benar; maka sesiapa yang menurut Islam (dengan beriman dan taat), maka merekalah golongan yang bersungguh-sungguh mencari dan menurut jalan yang benar" (Surah Al Jin Ayat:14)

semoga dengan sumbangan yang amat sedikit daripada ini mendapat barokah daripada Allah Subahanahuwata'ala..

Monday 26 December 2011

Darul Ansar Masjid Tanah Dibuka Secara Rasmi Hari Ini

Darul Ansar Masjid Tanah, Melaka telah dibuka secara rasmi hari ini. Upacara disempurnakan oleh Syaikhuna Haji Muhammad Rajab Akmal bin Haji Abdul Halim Al-Idrisi Al-Ahmadi Al-Ansari pada 26 Disember 2011 bersamaan 2 Safar 1433 pada jam 9.00 malam.

Di bawah ini adalah video aktiviti yang tersebut




Tetamu yang hadir terdiri dari ikhwan Darul Ansar dan juga pesakit yang ingin menerima rawatan Islam.

 
 


 


 

Sunday 25 December 2011

Kitab Thibb Al Idrisi Al Ansari

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Esok iaitu 26 Disember 2011 adalah hari pelancaran Pusat Rawatan Islam Darul Ansar Masjid Tanah Melaka. Upacara akan disempurnakan oleh Syaikh Haji Muhammad Rajab Akmal bin Haji Abdul Halim Al-Idrisi Al-Ahmadi Al-Ansari pada jam 9.00 malam. Warga Darul Ansar dijemput hadir. Selama tempoh 'renovation', kami telah menerima beberapa pesakit walaupun keadaan pusat rawatan kami belum lagi sempurna. Namun kami bersyukur kerana ianya dapat menambahbaikkan pusat rawatan kami dan kami mampu mengesan kelemahan awal sebelum Pusat Rawatan Islam Darul Ansar Cawangan Masjid Tanah ini dirasmikan sepenuhnya.

Alhamdulillah, pada hari Konvokesyen Darul Ansar ke-3 yang akan berlangsung pada 17 & 18 Disember 2011 ini akan dilancarkan kitab pengubatan "Thibb Al Idrisi Al Ansari Suatu Kaedah Pengubatan & Rawatan Menurut Islam" yang dikarang oleh Syeikh Muhammad Rajab Akmal bin Syeikh Abdul Halim Al Idrisi Al Ahmadi dan buku akan menjadi rujukan penuh bagi kuliah Diploma Pengubatan & Rawatan Islam Darul Ansar. Rujuk di http://darulansarmalaysia.blogspot.com/2011/12/pelancaran-thibb-al-idrisi-al-ansari.html

Kitab ini diterbitkan oleh Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Melaka Berhad (KOANSAR) dijual dengan harga RM 120.00 bagi ahli Darul Ansar dan RM 150.00 bagi yang bukan ahli Darul Ansar.

Kos penghantaran adalah mengikut jarak tempat pembeli. Sila hubungi/SMS saya Al-Muallij Muhammad Al-Ansari di talian 017-8014037 atau di Darul Ansar Pulau Gadong: 013-6111706

Kini dijual di Koperasi Darul Ansar Masjid Tanah, Melaka. Tebal buku: 480 muka surat. Kitab ini adalah sinambungan dari kitab lama bagi 8 modul pengajian Diploma Pengubatan Islam Darul Ansar. Kitab baru ini akan digunakan oleh pelajar Diploma Darul Ansar berkuatkuasa pada tahun 2012

Kitab lama adalah sebanyak 8 keping buku, telah disatukan menjadi satu buku berkulit tebal.

Di bawah ini ialah Video Pelancaran Kitab Thibb Al-Idrisi Al-Ansari

Friday 23 December 2011

Pusat Rawatan Islam Darul Ansar Caw Masjid Tanah

24 Disember 2011 di Pusat Rawatan Islam Darul Ansar Caw Masjid Tanah, Melaka

ruang menunggu

pendaftaran

bilik rawatan dan bekam

Persiapan Terakhir Darul Ansar Masjid Tanah

Persiapan Terakhir Darul Ansar Masjid Tanah.

Reka bentuk Bilik Bekam

Reka bentuk bilik rawatan sihir, saka, santau, susuk, ilmu pengasih dan lain-lain.

Reka bentuk plaque untuk majlis perasmian Darul Ansar Masjid Tanah, Melaka pada 25 Disember 2011 akan disempurnakan oleh Musyriful Am Darul Ansar, Al-Fadhil Syaikh Haji Muhammad Rajab Akmal bin Haji Abdul Halim Al-Idrisi Al-Ahmadi Al-Ansari

Reka bentuk ruang menunggu.

Reka bentuk ruang pendaftaran. Di sini akan diletakkan meja untuk proses pendaftaran pesakit.

 
Senja di hadapan bangunan Darul Ansar Masjid Tanah. Terletak di belakang Petronas Masjid Tanah. Cat hijau merupakan bangunan Darul Ansar, dapat dilihat dari Arked Mara Masjid Tanah, Shell Masjid Tanah dan Petronas Masjid Tanah.

Kita jumpa di sana minggu hadapan.