Dana PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR

Dana PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR, Kg. Solok Binjai, Pengkalan Balak, Masjid Tanah
Sebuah institusi pengajian Islam bernilai RM700,000.00 akan dibangunkan di Pengkalan Balak di atas tanah persendirian yang dimiliki oleh Al Fadhil Ustaz Hj. Abdul Halim bin Hj. Maidin seorang guru agama juga merupakan Pengerusi Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR) yang dibesarkan di Pengkalan Balak. Pihak kami mengalu-alukan sumbangan RM100 untuk 1x1 per segi atau zakat, sedekah jariah, waqaf dan sebagainya untuk pembangunan dana akhirat ini. Sumbangan tuan & puan boleh dimasukkan ke dalam akaun CIMB ISLAMIC: 04040000135108
atas nama PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR
Koperasi Darul Ansar Berhad (KOANSAR) No. 16, Jalan BP 1, Taman Bertam Perdana, 75200, Pulau Gadong, Melaka. No. Tel: +6013-6111706 / +6012-6417300

Monday 26 December 2011

Darul Ansar Masjid Tanah Dibuka Secara Rasmi Hari Ini

Darul Ansar Masjid Tanah, Melaka telah dibuka secara rasmi hari ini. Upacara disempurnakan oleh Syaikhuna Haji Muhammad Rajab Akmal bin Haji Abdul Halim Al-Idrisi Al-Ahmadi Al-Ansari pada 26 Disember 2011 bersamaan 2 Safar 1433 pada jam 9.00 malam.

Di bawah ini adalah video aktiviti yang tersebut




Tetamu yang hadir terdiri dari ikhwan Darul Ansar dan juga pesakit yang ingin menerima rawatan Islam.

 
 


 


 

Sunday 25 December 2011

Kitab Thibb Al Idrisi Al Ansari

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Esok iaitu 26 Disember 2011 adalah hari pelancaran Pusat Rawatan Islam Darul Ansar Masjid Tanah Melaka. Upacara akan disempurnakan oleh Syaikh Haji Muhammad Rajab Akmal bin Haji Abdul Halim Al-Idrisi Al-Ahmadi Al-Ansari pada jam 9.00 malam. Warga Darul Ansar dijemput hadir. Selama tempoh 'renovation', kami telah menerima beberapa pesakit walaupun keadaan pusat rawatan kami belum lagi sempurna. Namun kami bersyukur kerana ianya dapat menambahbaikkan pusat rawatan kami dan kami mampu mengesan kelemahan awal sebelum Pusat Rawatan Islam Darul Ansar Cawangan Masjid Tanah ini dirasmikan sepenuhnya.

Alhamdulillah, pada hari Konvokesyen Darul Ansar ke-3 yang akan berlangsung pada 17 & 18 Disember 2011 ini akan dilancarkan kitab pengubatan "Thibb Al Idrisi Al Ansari Suatu Kaedah Pengubatan & Rawatan Menurut Islam" yang dikarang oleh Syeikh Muhammad Rajab Akmal bin Syeikh Abdul Halim Al Idrisi Al Ahmadi dan buku akan menjadi rujukan penuh bagi kuliah Diploma Pengubatan & Rawatan Islam Darul Ansar. Rujuk di http://darulansarmalaysia.blogspot.com/2011/12/pelancaran-thibb-al-idrisi-al-ansari.html

Kitab ini diterbitkan oleh Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Melaka Berhad (KOANSAR) dijual dengan harga RM 120.00 bagi ahli Darul Ansar dan RM 150.00 bagi yang bukan ahli Darul Ansar.

Kos penghantaran adalah mengikut jarak tempat pembeli. Sila hubungi/SMS saya Al-Muallij Muhammad Al-Ansari di talian 017-8014037 atau di Darul Ansar Pulau Gadong: 013-6111706

Kini dijual di Koperasi Darul Ansar Masjid Tanah, Melaka. Tebal buku: 480 muka surat. Kitab ini adalah sinambungan dari kitab lama bagi 8 modul pengajian Diploma Pengubatan Islam Darul Ansar. Kitab baru ini akan digunakan oleh pelajar Diploma Darul Ansar berkuatkuasa pada tahun 2012

Kitab lama adalah sebanyak 8 keping buku, telah disatukan menjadi satu buku berkulit tebal.

Di bawah ini ialah Video Pelancaran Kitab Thibb Al-Idrisi Al-Ansari

Friday 23 December 2011

Pusat Rawatan Islam Darul Ansar Caw Masjid Tanah

24 Disember 2011 di Pusat Rawatan Islam Darul Ansar Caw Masjid Tanah, Melaka

ruang menunggu

pendaftaran

bilik rawatan dan bekam

Persiapan Terakhir Darul Ansar Masjid Tanah

Persiapan Terakhir Darul Ansar Masjid Tanah.

Reka bentuk Bilik Bekam

Reka bentuk bilik rawatan sihir, saka, santau, susuk, ilmu pengasih dan lain-lain.

Reka bentuk plaque untuk majlis perasmian Darul Ansar Masjid Tanah, Melaka pada 25 Disember 2011 akan disempurnakan oleh Musyriful Am Darul Ansar, Al-Fadhil Syaikh Haji Muhammad Rajab Akmal bin Haji Abdul Halim Al-Idrisi Al-Ahmadi Al-Ansari

Reka bentuk ruang menunggu.

Reka bentuk ruang pendaftaran. Di sini akan diletakkan meja untuk proses pendaftaran pesakit.

 
Senja di hadapan bangunan Darul Ansar Masjid Tanah. Terletak di belakang Petronas Masjid Tanah. Cat hijau merupakan bangunan Darul Ansar, dapat dilihat dari Arked Mara Masjid Tanah, Shell Masjid Tanah dan Petronas Masjid Tanah.

Kita jumpa di sana minggu hadapan.

Sunday 18 December 2011

Selamat Datang Ke Blog Darul Ansar Masjid Tanah

Bismillahirrahmanirrahim. Pusat Pengubatan Islam Darul Ansar Masjid Tanah bakal dirasmikan pembukaannya pada 26 Disember 2011. Sumbangan boleh dilakukan dengan ikhlas hati bagi melicinkan pentadbiran kami. Hubungi saya Ustaz Muhammad Al-Ansari di 0178014037

Pengambilan Pelajar bagi Diploma Pengubatan Darul Ansar Ke-4 Tahun 2012 telah pun dibuka.  Kelas bermula pada Januari 2012 di 4 cawangan Darul Ansar iaitu Melaka, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor. Maklumat Lanjut boleh hubungi saya sendiri di 0178014037 atau;

1. DARUL ANSAR Melaka: 013-6111706 (Masih dibuka, had 30 pelajar)
2. DARUL ANSAR Seremban Jaya: 013-3598318 (Masih dibuka, had 100 pelajar)
3. DARUL ANSAR Kluang: 019-7158888 (Masih dibuka, had 30 pelajar)
4. DARUL ANSAR KAJANG: 013-2600193 (Maaf sudah penuh, pengambilan ditutup)

Antara modul yang bakal dipelajari ialah:

Modul 1: Hakikat Jin dan Sihir Serta Pengubatannya Menurut Islam.
Modul 2: Rawatan Penyakit Sihir dan Saka Mengikut Kaedah Islam.
Modul 3: Rawatan Penyakit Ain, Pukau, Ilmu Tenung dan Was Was Menurut Kaedah Islam.
Modul 4: Pagar Kediaman, Kampung dan Diri Mengikut Syariat Islam.
Modul 5: Kelebihan Ayat Al Quran & Surah Mustajab Dalam Al-Quran.
Modul 6: Rawatan Penyakit-Penyakit Dengan Doa Menurut Islam.
Modul 7: Kelebihan Zikir-Zikir Sebagai Suatu Benteng Yang Ampuh
Modul 8: Bekam Sunnah Dan Kaifiyyat Pengubatannya
Tambahan: Ghurah (Rawatan Resdung), Urut Refleks, Teknik Pinggan Putih, dan Pengubatan Herba

Yuran: RM30-RM50 sebulan mengikut kariah.
Buku: Kitab Thibb Al-Idrissi Al-Ansari wajib dibeli ketika mula kelas. Harga RM150
Waktu: Kelas bermula selepas Isyak hingga 11.00 malam
Tarikh Kelas:

Melaka: Kelas pada 8 Januari 2012
Seremban Jaya: Kelas pada 9 Januari 2012
Kluang: Kelas pada 10 Januari 2012
KAJANG: Kelas pada 7 Januari 2012