Dana PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR

Dana PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR, Kg. Solok Binjai, Pengkalan Balak, Masjid Tanah
Sebuah institusi pengajian Islam bernilai RM700,000.00 akan dibangunkan di Pengkalan Balak di atas tanah persendirian yang dimiliki oleh Al Fadhil Ustaz Hj. Abdul Halim bin Hj. Maidin seorang guru agama juga merupakan Pengerusi Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR) yang dibesarkan di Pengkalan Balak. Pihak kami mengalu-alukan sumbangan RM100 untuk 1x1 per segi atau zakat, sedekah jariah, waqaf dan sebagainya untuk pembangunan dana akhirat ini. Sumbangan tuan & puan boleh dimasukkan ke dalam akaun CIMB ISLAMIC: 04040000135108
atas nama PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR
Koperasi Darul Ansar Berhad (KOANSAR) No. 16, Jalan BP 1, Taman Bertam Perdana, 75200, Pulau Gadong, Melaka. No. Tel: +6013-6111706 / +6012-6417300

Sunday 25 December 2011

Kitab Thibb Al Idrisi Al Ansari

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Esok iaitu 26 Disember 2011 adalah hari pelancaran Pusat Rawatan Islam Darul Ansar Masjid Tanah Melaka. Upacara akan disempurnakan oleh Syaikh Haji Muhammad Rajab Akmal bin Haji Abdul Halim Al-Idrisi Al-Ahmadi Al-Ansari pada jam 9.00 malam. Warga Darul Ansar dijemput hadir. Selama tempoh 'renovation', kami telah menerima beberapa pesakit walaupun keadaan pusat rawatan kami belum lagi sempurna. Namun kami bersyukur kerana ianya dapat menambahbaikkan pusat rawatan kami dan kami mampu mengesan kelemahan awal sebelum Pusat Rawatan Islam Darul Ansar Cawangan Masjid Tanah ini dirasmikan sepenuhnya.

Alhamdulillah, pada hari Konvokesyen Darul Ansar ke-3 yang akan berlangsung pada 17 & 18 Disember 2011 ini akan dilancarkan kitab pengubatan "Thibb Al Idrisi Al Ansari Suatu Kaedah Pengubatan & Rawatan Menurut Islam" yang dikarang oleh Syeikh Muhammad Rajab Akmal bin Syeikh Abdul Halim Al Idrisi Al Ahmadi dan buku akan menjadi rujukan penuh bagi kuliah Diploma Pengubatan & Rawatan Islam Darul Ansar. Rujuk di http://darulansarmalaysia.blogspot.com/2011/12/pelancaran-thibb-al-idrisi-al-ansari.html

Kitab ini diterbitkan oleh Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Melaka Berhad (KOANSAR) dijual dengan harga RM 120.00 bagi ahli Darul Ansar dan RM 150.00 bagi yang bukan ahli Darul Ansar.

Kos penghantaran adalah mengikut jarak tempat pembeli. Sila hubungi/SMS saya Al-Muallij Muhammad Al-Ansari di talian 017-8014037 atau di Darul Ansar Pulau Gadong: 013-6111706

Kini dijual di Koperasi Darul Ansar Masjid Tanah, Melaka. Tebal buku: 480 muka surat. Kitab ini adalah sinambungan dari kitab lama bagi 8 modul pengajian Diploma Pengubatan Islam Darul Ansar. Kitab baru ini akan digunakan oleh pelajar Diploma Darul Ansar berkuatkuasa pada tahun 2012

Kitab lama adalah sebanyak 8 keping buku, telah disatukan menjadi satu buku berkulit tebal.

Di bawah ini ialah Video Pelancaran Kitab Thibb Al-Idrisi Al-Ansari

No comments:

Post a Comment